COVID-19: KES BAHARU MELONJAK NAIK 3,309 KES DAN 4 LAGI KEMATIAN DILAPORKAN...

COVID-19: KES BAHARU MELONJAK NAIK 3,309 KES DAN 4 LAGI KEMATIAN DILAPORKAN KKM HARI INI

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 12 Januari 2021...(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes melonjak naik sekali lagi dan mencatat kes tertinggi harian setakat ini iaitu sebanyak 3,309 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 141,533 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 30,390 (21.5%) kes.

DARIPADA 3,309 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak enam (6) Kes import, manakala 3,303 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Walau bagaimanapun, KKM turut memaklumkan sebanyak 1,469 KES pesakit telah sembuh hari ini, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 110,584 kes (78.1%).

Menurut KKM juga, sebanyak 190 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 83 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,007 KES, diikuti JOHOR sebanyak 442 KES dan SABAH sebanyak 409 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat EMPAT (4) kes kematian direkodkan hari ini, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 559 kes (0.4%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (12 Januari 2021) sebanyak 1,007 KES daripada keseluruhan 3,309 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)