COVID-19: KKM LAPORKAN 7 KEMATIAN, SEBANYAK 3,339 KES BAHARU DAN SERAMAI 2,676...

COVID-19: KKM LAPORKAN 7 KEMATIAN, SEBANYAK 3,339 KES BAHARU DAN SERAMAI 2,676 PESAKIT SEMBUH

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 17 Januari 2021...(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes harian positif COVID-19 setakat ini masih di paras membimbangkan iaitu sebanyak 3,339 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 158,434 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 37,782 (23.9%) kes.

DARIPADA 3,339 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak 15 Kes import, manakala 3,324 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Walau bagaimanapun, KKM turut memaklumkan sebanyak 2,676 KES pesakit telah sembuh hari ini, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 120,051 kes (75.8%).

Menurut KKM juga, sebanyak 240 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 93 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,314 KES, diikuti SABAH sebanyak 393 KES dan JOHOR sebanyak 362 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat TUJUH (7) kes kematian direkodkan hari ini, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 601 kes (0.4%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (17 Januari 2021) sebanyak 1,314 KES daripada keseluruhan 3,339 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)