G57 BUAT LAPORAN POLIS FITNAH DAN HASUTAN KE ATAS SHAFIE APDAL, NORDIN...

G57 BUAT LAPORAN POLIS FITNAH DAN HASUTAN KE ATAS SHAFIE APDAL, NORDIN ENING DAN ISMAILY BUNGSU

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) tampil membuat laporan Polis FITNAH dan HASUTAN ke atas Datuk Seri Shafie Apdal susulan tuduhan kononnya Tan Sri Musa Aman telah memberikan tanah hampir sejuta ekar kepada individu tertentu termasuk keluarga Musa.

G57 juga meminta agar pihak Polis segera menyiasat tuduhan Jufazli Shi Ahmad yang mengaitkan Shafie sebagai ‘AGEN’ Filipina di Sabah.

Turut dilaporkan kepada pihak Polis ialah kemungkinan wujudnya unsur sabotaj kepada ekonomi negeri Sabah sehingga kadar KDNK Sabah jatuh sehingga ke paras 0.5% pada 2019 dan 1.5% pada tahun 2018.

Laporan Polis penuh seperti berikut:-

1. Laporan Polis Pertama berkenaan wujudnya tuduhan oleh seorang aktivis anak muda Sabah bernama Jufazli Shi Ahmad mengaitkan nama Datuk Seri Shafie Apdal sebagai ‘AGEN’ sehingga Filipina semakin berani untuk menuntut Sabah. Beberapa video yang telah dimuat turun oleh Jufazli merujuk kepada tuduhan tersebut telah tular di media sosial Facebook termasuk aplikasi WhatsApp sehingga menimbulkan kegusaran awam khususnya rakyat Sabah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO-VIDEO tuduhan JUFAZLI terhadap shafie apdal yang tular di laman media sosial Facebook dan juga sebaran aplikasi Whatsapp.

Harus diingat kerajaan Filipina baru-baru ini telah bercadang untuk memasukkan Sabah ke dalam peta Pasport Antarabangsa Filipina dan sebelum ini Sabah juga pernah diceroboh sehingga mengorbankan ramai nyawa parajurit negara oleh pengganas yang mengaku sebagai kerabat Sultan Sulu. Dalam insiden pencerobohan tersebut seorang rakyat Sabah turut didakwa di Mahkamah kerana telah bersubahat dengan pengganas Sulu. Jufazli turut menyatakan mempunyai bukti bagi menyokong tuduhan tersebut.

2. Laporan Polis Kedua (2) pula bagi meminta pihak Polis menyiasat kemungkinan wujudnya SABOTAJ terhadap ekonomi negeri Sabah. Perkara ini adalah merujuk kepada petunjuk yang diberikan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia iaitu selepas Datuk Seri Shafie Apdal mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah pada pada tahun 2018 kadar KDNK negeri Sabah telah jatuh menjunam kepada 1.5% dan pada tahun 2019 jatuh lagi ke paras 0.5%, dalam masa yang sama yang peliknya kadar KDNK negeri Sabah pada tahun 2017 semasa kerajaan terdahulu KDNK pada paras 8.2% dan yang tertinggi di Malaysia. Kadar KDNK untuk tahun 2018 dan 2019 juga jauh lebih rendah dari negeri Perlis dan Kelantan.

Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019. (Sumber foto dipetik daripada laman media sosial rasmi Fb Najib Razak)

Kadar KDNK adalah cara untuk mengukur ekonomi di sesebuah negeri dan negara. Apabila KDNK jatuh menjunam impaknya akhirnya kepada rakyat justeru siasatan terperinci amat diperlukan bagi menilai kenapa kadar KDNK negeri Sabah telah jatuh menjunam dengan begitu teruk sedangkan pada tahun 2018 dan 2019 virus COVID-19 belum lagi aktif di Sabah.

Kadar jumlah pengangguran di Sabah selepas perlaksanaan tempoh kawalan pergerakan juga dijangka akan meningkat hingga ke 120 ribu orang.

3. Laporan Polis Ketiga (3)  juga dibuat ke atas Datuk Seri Shafie Apdal kerana telah MEMFITNAH dengan tuduhan niat jahat kononnya Tan Sri Musa telah memberikan tanah hampir sejuta ekar kepada individu tertentu termasuk keluarga Musa. FITNAH ini dibuat tanpa ada bukti yag kukuh dan yang amat menghairankan sepanjang Shafie Apdal mengetuai petadbiran negeri Sabah selama 26 bulan, isu pemberian tanah ini langsung tidak pernah ditimbulkan oleh Shafie malahan laporan rasmi ke SPRM juga tidak dibuat, malangnya selepas pengumuman DUN Sabah dibubarkan Shafie telah keluarkan kenyataan fitnah yang jijik sebegini untuk menjejaskan imej dan kredibilti Tan Sri Musa Aaman.

Fitnah ini dibuat adalah bagi mengalihkan isu kegagalan Shafie mengurus tadbir Sabah dengan baik. Tuduhan fitnah Shafie telah dirakam dan dimuat turun ke Facebook.

Kami juga meminta selain Shafie Apdal agar tindakan undang-undang mengikut akta fitnah 1957, hasutan dan SKMM dapat diambil ke atas ahli Parti Warisan Sabah yang bernama Nordin Ening dan Ismaily Bungsu kerana telah berniat jahat menuduh Tan Sri Musa Aman sebagai ‘PEROMPAK’ dan ‘PENCURI’. Kedua-dua penama ahli Warisan ini secara jelas telah menuduh tanpa ada asas dan bukti yang kukuh bagi menyokong tuduhan mereka.

Persoalannya kenapa individu ini tidak membuat laporan ke SPRM dan Polis kalau benar mereka mempunyai bukti kononnya Tan Sri Musa telah merompak.

Tuduhan fitnah ini terlalu berat dan cukup jijik dan sekiranya pihak Polis tidak bertindak dan mengambil tindakan, gerak kerja fitnah oleh pemimpin dan ahli Parti Warisan dijangka akan berterusan malahan boleh menyebabkan kemungkinan berlakunya kejadian yang tidak diingini di negeri Sabah. Harus diingat Tan Sri Musa sudah tentu mempunyai pemyokong setianya dan dikhuatiri mereka akan bertindak sendiri untuk menghalang fitnah berterusan dilemparkan oleh pemimpin ahli parti Warisan.

4. Laporan Polis Keempat (4) yang kami ingin lakukan adalah laporan Polis ulangan. Laporan Polis yang pertama sebelum ini telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Sabah, Alfian Smbas, merujuk kepada no. report (TUARAN/002159/20) adalah ke atas ahli parti Warisan Sabah, Ismaily Bungsu kerana telah memfitnah dan mengaibkan DYMM Yang di Pertua Agomg termasuk DYMM Sultan-Sultan di Malaysia. Ismaily secara sedar dengan niat jahat dan biadap mengasut rakyat Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik dan telah menuduh raja akan masuk neraka kerana melakukan kezaliman. Ismaily telah menulis dan memuat turun fitnah berserta foto ke dalam akaun Facebook milik Ismaily pada 04 Jun 2020 kemudian telah memadam artikel fitnah tersebut. Berikut adalah sebahagian kenyataan Ismaily:-

“Saya tak minat sembah Raja sebab Raja tidak harus disembah, yang disembah hanya Allah, kata sembah tu tak sesuai rasanya.”

“Silap-silap Raja masuk neraka kesan sombong takbur makan hak rakyat macam dahulu kala.”

“Mungkin ada Raja bengis dan ditunjuk kasih sayang hanya pura-pura tapi ada Raja bunuh rakyat.”

Artikel Ismaily memfitnah Raja-Raja membangkitkan kemarahan rakyat…(Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook milik DATUK Ismaily Bungsu)

Untuk rekod tidak ada mana-mana DYMM Sultan yang pernah meminta rakyat jelata untuk menyembah sebagai Tuhan. Kenyataan Ismaily ini secara jelas telah menunjukkan seolah-olah Raja di Malaysia adalah Tuhan sedangkan hakikatnya Sultan dan Raja-Raja di Malaysia adalah ketua agama Islam malahan sering berdamping dengan Mufti untuk membuat keputusan berkaitan agama Islam.

Artikel Ismaily memfitnah Raja-Raja membangkitkan kemarahan rakyat…(Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook milik DATUK Ismaily Bungsu)

Justeru, Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) berharap agar kesemua laporan Polis di atas dapat diambil tindakan mengikut undang-undang yang sewajarnya oleh pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara.