Kematian Lagenda Bola Sepak Dunia, Diego Maradona Disebabkan Oleh Pembunuhan?

Kematian Lagenda Bola Sepak Dunia, Diego Maradona Disebabkan Oleh Pembunuhan?

0
SHARE

BUENOS AIRES, ARGENTINA – Kematian lagenda bola sepak dunia, Diego Maradona pada usia 60 tahun disebabkan oleh pembunuhan, demikian menurutĀ Peguam kepada anak mendiang tersebut.

Mario Baudry, Peguam yang mewakili Diego Fernando mendakwa; “Dalam mana-mana negara, dengan pendakwa yang lain, seseorang sudah dipenjarakan.”

Ketika perdebatan hangat dengan peguam Maradona, Matias Morla, yang menegaskan legenda bola sepak Argentina itu meninggal dunia kerana serangan jantung, Baudry berkata; “Itu bukan sebabnya.

“Terbukti berlaku pembunuhan. Lagi lama perkara ini berlarutan, lebih banyak bukti hilang.”

Baudry turut mengkritik tindakan menganalisis dua telefon milik Maradona yang mendapat sokongan mahkamah.

“Saya menentangnya. Saya tidak rasa mangsa perlu disiasat. Dia mengalami masalah ketagihan minuman keras dan dadah…

“Mereka menyiasat telefonnya tiga bulan selepas kematiannya. Kenapa begitu lama?” soalnya.

Baudry, yang juga teman lelaki kepada ibu Diego Fernando dan bekas kekasih Maradona, Veronica Ojeda, membuat dakwaan itu dalam satu temu bual di televisyen Argentina.

Terdahulu, agensi berita BBC melaporkan bahawa bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina itu mengalami serangan jantung di kediamannya Tigre, di Buenos Aires pada November 2020 yang lalu.

Maradona sebelum ini menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otak awal November lalu, selain pernah menjalani rawatan kerana ketagihan alkohol.