Nizam Sifatkan Tohmahan Azis Jamman Sebagai “Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama”

Nizam Sifatkan Tohmahan Azis Jamman Sebagai “Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama”

0
SHARE
Datuk Nizam Abu Bakar Titingan...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tawau, Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan menjawap tohmahan Ketua Wira Warisan yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman yang membuat kenyataan mengelirukan mengenai pemberian lebih 2,000 hektar tanah kerajaan negeri kepada agensi Persekutuan di Sabah.

Nizam yang juga Pembantu Menteri Kewangan negeri menyatakan bahawa Azis secara sengaja cuba mempolitikkan isu itu untuk mengelirukan rakyat bahawa kerajaan negeri telah memberi sejumlah besar tanah kepada agensi Persekutuan.

Azis sepatutnya maklum bahawa sebahagian besar geran tanah yang diberikan kepada agensi Persekutuan pada 18 Februari 2021, sebenarnya sudah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, hospital, klinik dan balai polis, tetapi sebaliknya dia cuba memutarbelitkan fakta berkenaan.

Mengenai kenyataan Azis yang mengatakan kerajaan Warisan pada masa lalu yang menyerahkan geran tanah adat (Native Land Title) kepada kepada orang kampung sebanyak 10,000 ekar sejak tahun 2019-2020, Nizam berkata ia sama seperti “Lembu punya susu, Sapi dapat nama”.

Datuk Azis Jamman…

Faktanya tanah-tanah itu diukur dan sudah diberi kelulusan oleh kerajaan BN sebelum ini dan Azis tahu proses itu mengambil masa panjang, justeru geran itu hanya boleh dikeluarkan sekitar tahun 2019-2020.

“Amat memalukan lagi apabila Azis dan kerajaan Warisan secara terang mengaku bahawa pemberian geran tanah 10,000 ekar yang diberi kepada penduduk kampung pada masa itu adalah usaha mereka,” katanya.

Merujuk kepada Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) yang dilaksanakan pada tahun 2011, Nizam mengatakan bahawa program itu telah berjaya mengukur tanah NCR untuk memastikan hak orang asal untuk memiliki tanah yang menjadi tempat tinggal dan bekerja dilindungi.

Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM20 juta kepada kerajaan GRS tahun ini untuk memastikan lebih banyak tanah adat (Native Land) dapat diukur sekali gus hak milik tanah dapat diberikan kepada sebilangan besar penduduk luar bandar.

Pada tahun lalu, peruntukan hanya RM7.5 juta.