Pemilik MJA Disarankan Ikut SOP Kendalikan Perniagaan, Dapatkan Lesen Daripada KKM –...

Pemilik MJA Disarankan Ikut SOP Kendalikan Perniagaan, Dapatkan Lesen Daripada KKM – Shahelmey

0
SHARE
SHAHELMEY (kanan) bersama Dr. Jeyaletchumi ketika membuat operasi mesin jualan air di Kota Kinabalu...

KOTA KINABALU, SABAH – Pemilik mesin jual air (MJA) di negeri ini disarankan untuk mengikuti prosedur operasi standart (SOP) dalam mengendalikan perniagaan masing-masing.

Ini termasuklah memastikan keperluan mendapatkan lesen MJA daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum beroperasi.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya berkata, mengambil contoh di daerah Kota Kinabalu, terdapat 100 MJA beroperasi namun hanya 27 direkodkan mempunyai lesen sah KKM.

“Lebih 70 MJA yang beroperasi di sekitar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ini tidak mempunyai lesen yang sah daripada KKM…

“Jadi inilah operasi yang kita lakukan bersama antara KKM dan saya selaku Exco Kesihatan negeri Sabah untuk menyedarkan pengusaha atau pemilik MJA agar pastikan lesen-lesen jual air didapati daripada KKM sebelum memulakan usaha niaga tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Operasi MJA daerah Kota Kinabalu 2021 di kawasan Kompleks Asia City, Kota Kinabalu, hari ini.

Terdahulu, dalam operasi berkenaan, kawasan tersebut melibatkan lokasi di Bandaran Berjaya, Sempelang, Kampung Sembulan, Asia City, KK Plaza, Lido, Foh Sang dan Damai.

Antara intipati operasi tersebut dilaksanakan adalah mengurangkan risiko kes keracunan makanan yang berpunca daripada MJA selain memastikan pengoperasiannya seratus peratus mempunyai lesen sah KKM di Kota Kinabalu.