Pengarah Eksekutif Rumah Kebajikan Didakwa Pecah Amanah Lebih RM2 Juta

Pengarah Eksekutif Rumah Kebajikan Didakwa Pecah Amanah Lebih RM2 Juta

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Pengarah Eksekutif rumah kebajikan Seri Mengasih Center mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM2,010,522 pada 2018.

Memetik laporan Bernama, Chua Geok Hwa, 63, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Elsie Primus.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah mengeluarkan cek bernilai RM2,010,522 daripada akaun rumah kebajikan itu tanpa pengetahuan yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun peribadinya antara bulan Mac hingga Disember 2018.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua (2) tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Primus membenarkan Chua diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Rustam Sanip manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 28 Ogos.