PRU14 Bakal Diadakan Selepas Tahun Baru Cina?

PRU14 Bakal Diadakan Selepas Tahun Baru Cina?

0
SHARE
Keputusan PRU-14 (Sabah)…

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan PRU14 bakal diadakan selepas perayaan Tahun Baharu Cina tahun hadapan.

Memetik kenyataan Sinar Harian, Ahmad Zahid dalam ucapannya ketika merasmikan Tokong Teoh Fu Kiong di Hutan Melintang, pagi tadi, menggunakan perkataan hari besar seolah-olah merujuk kepada PRU14 yang masih belum diketahui tarikhnya.

“Jangan lupa hari besar kita akan sampai, lepas Tahun Baharu Cina akan ada hari besar lain,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut mengingatkan pengundi Cina supaya tidak melakukan kesilapan pada PRU kali ini seperti PRU lepas.

“Kalau dulu bikin silap tak pa saya maafkan. Kalau boleh kali ini jangan bikin silap lagi woo,” katanya.