RAKYAT SABAH KECAM SHAFIE APDAL GUNA KASUT NAIK RUMAH ZIARAH MANGSA BANJIR

RAKYAT SABAH KECAM SHAFIE APDAL GUNA KASUT NAIK RUMAH ZIARAH MANGSA BANJIR

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – “Walaupun foto ini diambil pada tahun lalu kemudian tular semula di media sosial sejak kelmarin, namun perbuatan pemimpin yang tidak beradab ini masih kekal dalam ingatan rakyat Sabah,” demikian menurut netizen mengulas foto Pemimpin Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang tular tersebut.

Sejak kelmarin, sekeping foto yang jelas memperlihatkan Shafie tidak menanggalkan kasut ketika melawat mangsa banjir telah tular semula di media sosial Facebook sekaligus mendapat kecaman netizen.

Turut kelihatan bersama Datuk Seri Shafie Apdal dalam foto tersebut adalah Ahli Parlimen Sepanggar Dato’ Azis Jamman.

Menurut pemerhati politik bebas ketika diminta mengulas mengenai foto tersebut pula berkata; “rakyat Sabah agak sensitif dengan adab, sikap sombong walaupun mungkin tidak disengajakan oleh Datuk Seri Shafie termasuk pemimpin-pemimpin dan ahli Parti Warisan sepatutnya dijadikan teladan kepada pemimpin-pemimpin politik lainnya.”

“Sebelum ini Shafie dan pimpinan Warisan bangga dengan slogan ‘SABAH KITA PUNYA’, melawat mangsa banjir hanya melambai tangan di atas kenderaan pacuan 4 roda, melantik Timbalan Ketua Menteri dan ramai pegawai serta Pengerusi Syarikat Kerajaan Negeri Sabah daripada Semporna, amat mengambil berat kebajikan PATI Filipina dan banyak lagi yang mana akhirnya menyebabkan rakyat Sabah muak terhadap Shafie.”

VIDEO slogan “SABAH KITA PUNYA” yang dilaungkan oleh penyokong Shafie Apdal mengundang kemarahan rakyat Sabah…

 

 

 

 

 

 

Video laungan slogan “SABAH KITA PUNYA” oleh Ketua Pemuda Warisan Sepanggar turut mengundang kemarahan rakyat Sabah.

Kelihatan dalam foto mantan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal ditemani Darell Leiking melawat mangsa banjir di belakang kenderaan pacuan 4 roda (Jun 2020) sambil tersenyum dan menunjukkan isyarat Parti Warisan menggunakan jari…

“Oleh sebab itu pemerhati politik termasuk badan bebas telah menjangkakan lebih awal Parti Warisan akan kalah teruk dalam PRN ke-16 yang lepas.”

“Moralnya disini jangan sombong dan angkuh sebaliknya dengar masalah dan bertemu dengan rakyat.”

“Pendekatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji ketika ini amat jauh berbeza dengan Shafie Apdal, justeru harapan rakyat Sabah ketika ini adalah agar masalah mereka dapat diatasi.”

“Isu pokok ketika ini ialah, plan jangka masa panjang pembangunan Negeri Sabah yang GAGAL dibuat oleh Shafie perlu dilancarkan oleh Kerajaan GRS ketika ini.”

YAB Datuk Seri Hajiji Ketua Menteri Sabah turun padang melawat mangsa banjir dan paras air sungai yang semakin naik…

Untuk rekod, Shafie Apdal hanya sempat menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah selama 26 bulan.

Pada 29 Julai 2020, seramai 14 orang wakil rakyat yang terdiri daripada Parti Warisan, PKR dan DAP telah mengisytiharkan keluar parti sekaligus menyebabkan Shafie kehilangan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Kesemua wakil rakyat tersebut mengalihkan sokongan mereka kerana KEGAGALAN Shafie mengetuai pentadbiran Negeri Sabah.

Kegagalan yang paling ketara apabila dalam hanya tempoh dua tahun kadar KDNK Negeri Sabah telah jatuh menjunam ke paras 0.5 peratus (0.5%).

Sebelum Shafie mengambil alih pentadbiran Sabah kadar KDNK adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu 8.2 peratus (8.2%).

Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…

Berikut adalah komen-komen daripada sebahagian rakyat Sabah yang dipetik dari laman media sosial Facebook berhubung foto yang tular tersebut;