‘Sabah New Deal’ Tawarkan Geran RM20,000 Bagi Tambah Baik Kemudahan Infrastruktur Pelancongan

‘Sabah New Deal’ Tawarkan Geran RM20,000 Bagi Tambah Baik Kemudahan Infrastruktur Pelancongan

0
SHARE
Gambar Hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah kini dalam proses mengeluarkan surat tawaran kepada semua pemohon yang layak menerima geran RM20,000 melalui ‘Sabah New Deal’ bagi menambah baik kemudahan infrastruktur pelancongan negeri itu.

Menterinya Datuk Jafry Ariffin dalam kenyataan semalam berkata peruntukan bagi pembayaran itu baharu sahaja diterima daripada Kementerian Kewangan Sabah selepas diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri bulan lepas.

“Geran terbabit antara inisiatif kerajaan negeri Sabah bagi menambah baik kemudahan infrastruktur pelancongan seperti kemudahan inap desa dan produk pelancongan berasaskan komuniti… 

“Permohonan pembangunan pelancongan Sabah berjumlah RM10 juta itu telah mula dibuka bermula Jun lepas, dan kementerian telah menerima lebih 1,000 permohonan,” katanya lagi yang dipetik Bernama.

Beliau berkata kementeriannya komited untuk meneruskan segala perancangan yang memberi manfaat kepada pengusaha pelancongan yang terjejas ekoran penularan COVID19.