Satu Jawatankuasa Teknikal Diwujudkan Untuk Perkasa Perancangan Dan Pembangunan Pekan Matunggong

Satu Jawatankuasa Teknikal Diwujudkan Untuk Perkasa Perancangan Dan Pembangunan Pekan Matunggong

0
SHARE

KUDAT, SABAH – Sebuah Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pekan Matunggong telah diwujudkan.

Jawatankuasa Teknikal ini berfungsi untuk membantu Jawatankuasa Pembangunan Bandar Baru Negeri Sabah di bawah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Julita Majungki berkata, pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah telah memaklumkan bahawa pelan terkini beserta penambahan keluasan kawasan pekan Matunggong telah tersedia.

“Kawasan pekan yang diwartakan mempunyai keluasan yang mencukupi bagi perancangan pembangunan kini dan pada masa akan datang, termasuklah pembinaan bangunan sekolah, hospital balai bomba dan lain-lain…

“Sebarang perubahan atau pindaan kepada perancangan yang telah disusun perlu melalui Jawatankuasa Pembangunan Bandar Baru yang diurusetiakan oleh LPPB,” kata Julita yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

“Sebuah jawatankuasa teknikal di peringkat Daerah Kecil Matunggong turut diwujudkan bagi membincangkan hal-hal teknikal dan membantu kelancaran urusan berkaitan,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, buat masa Ini Lembaga Bandaran Kudat merupakan pihak yang bertanggungjawab memegang amanah serta mengawal semua pelaksanaan Pelan Pembangunan Pekan bagi kawasan Matunggong.

Keluasan tanah pekan Matunggong dalam FASA PERTAMA adalah di bawah gazet milikan LPPB seluas 81 ekar.

Dalam mesyuarat ini juga, pihak Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menyatakan perancangan untuk membina sebuah blok baru kedai 10 unit dalam tempoh dua tahun ini.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan semua jabatan lain yang terlibat dalam mesyuarat tersebut seperti, Jabatan tanah, SEDCO, Bomba, Kesihatan serta jabatan-jabatan lain yang berkaitan.