SHAFIE APDAL DAN PARTI WARISAN DISYAKI MENIPU, SURAT PERLETAKAN JAWATAN ADUN SEBATIK...

SHAFIE APDAL DAN PARTI WARISAN DISYAKI MENIPU, SURAT PERLETAKAN JAWATAN ADUN SEBATIK PALSU? POLIS DIMINTA BERTINDAK

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Surat perletakan jawatan ADUN Sebatik yang ditularkan sendiri ahli-ahli Parti Warisan Sabah disyaki telah dipalsukan.

Sebelum ini pada (01 Mac) Datuk Seri Shafie Apdal Presiden Parti  Warisan Sabah dalam satu kenyataan kepada media menyatakan  surat perletakan jawatan yang ditandatangani oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir akan diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya untuk dipertimbangkan supaya kerusi DUN itu dikosongkan.

Hassan A Gani PG Amir…

Menurut Syihab Al Hadi penganalisis politik bebas ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut berkata, agak pelik kerana surat perletakan jawatan yang ditandatangani oleh ADUN Sebatik Hassan A Gani Pg Amir betarikh 26 Feb 2021.

“Secara logiknya, mustahil Hassan menandatangani surat perletakan jawatan bagi pihak dirinya pada tarikh tersebut memandangkan pada 25 Feb 2021 beliau sendiri telah mengumumkan untuk keluar dari Parti Warisan.”

Menurut maklumat yang diterima, Hassan tidak pernah berjumpa dengan Shafie Apdal dan menandatangani sebarang surat perletakan jawatan pada tarikh 26 Feb 2021 itu.

Syihab berkata lagi, agak mengejutkan melihat kepada surat perletakan jawatan tersebut memandangkan Parti Warisan mempunyai ramai peguam tetapi surat tersebut jelas mempunyai banyak kelemahannya.

“Surat perletakan jawatan tersebut juga jelas meragukan, malahan ada yang mempersoalkan surat tersebut tanpa saksi dan banyak lagi perkara berbangkit yang mana ahli perundangan boleh menjelaskan secara lebih lanjut mengenai ketulenan surat tersebut,” Syihab berkata lagi.

Sebelum ini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim Yahaya juga telah menolak surat perletakan jawatan ADUN Sebatik yang telah dihantar oleh Parti Warisan.

Datuk Kadzim Yahya…

Datuk Kadzim dalam satu kenyataan kepada media berkata “surat perletakan jawatan yang tidak bertarikh di bawah undang-undang semasa adalah tidak sah dan bertentangan dengan dasar awam.”