Tindakan Polis Israel Hentikan Kerja Pembaikan Masjid Qubbah Al-Sakhrah (Dome of the...

Tindakan Polis Israel Hentikan Kerja Pembaikan Masjid Qubbah Al-Sakhrah (Dome of the Rock) Timbulkan Ketegangan

0
SHARE
Masjid Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock)...

AMMAN, JORDAN – Ketegangan berlaku di sini selama dua hari berturut-turut ekoran daripada tindakan polis Isreal menghentikan pekerja Wakaf Islam Baitulmaqdis yang melakukan pembaikan Masjid Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock).

Pengarah Bahagian Wakaf Jordan di Baitulmaqdis, Azzam Khatib memaklumkan perkara itu kepada Duta Besar Jordan di Tel Aviv, Ghassan Majali dan Menteri Wakaf di Amman, Mohammed Khalaileh.

Memetik laporan AFP, Pegawai Israel mendakwa keputusan dilakukan selepas ada individu cuba untuk membaiki bumbung masjid Bab Al Rahmeh, yang mana Israel mengarahkan orang Muslim mengosongkannya tanpa sebarang alasan.

Dewan Wakaf Baitulmaqdis pula dijangka untuk mengeluarkan kenyataan tegas bagi mengutuk tindakan Israel, dan menyelar ia sebagai pencabulan kesefahaman.

Jurutera di Wakaf Islam Baitulmaqdis, Bassam Hallaq yang bertanggungjawab dalam pembaikan itu berkata, polis Israel menghentikan kerja yang dilakukan di Dome of the Rock yang disadur emas, kelmarin dan semalam serta melarang pemulihan segera kerja pemasangan elektrik.

Bagaimanapun Israel menegaskan, sebarang kerja pembaikan harus mendapatkan kelulusan awal walaupun tidak membabitkan struktur bangunan.

Sementara itu, Arab News difahamkan polis Israel bertindak sedemikian berikutan seorang warga Palestin yang memanjat bumbung masjid Bab Al-Rahmeh untuk menampal simen bagi tujuan menghentikan kebocoran.

Israel mengharam sebarang kerja membaiki masjid itu.

Hallaq turut menjelaskan, segala kerja pembaikan di seluruh Al-Aqsa juga digantung oleh Israel.

Jurutera itu menegaskan, pihaknya tidak membawa sebarang barangan simen di dalam masjid Al-Aqsa itu dan pada Jumaat lalu adalah hari cuti di mana tiada pekerja yang bekerja.