TULAR VIDEO LELAKI PANDU KERETA DAN REMPUH MASJIDIL HARAM

TULAR VIDEO LELAKI PANDU KERETA DAN REMPUH MASJIDIL HARAM

0
SHARE

MEKAH – Seorang individu lelaki yang memandu sebuah kereta mewah telah merempuh Masjidil Haram malam tadi lebih kurang jam 10.25 waktu tempatan (3.25 pagi waktu Malaysia), lapor media tempata Arab Saudi.

Video yang tular di laman media sosial Facebook sejak semalam jelas menunjukkan kereta berkenaan dipandu laju dan merempuh beberapa penghalang di kawasan yang masih dalam kerja-kerja pembesaran itu lalu merempuh Pintu 89 di masjid suci umat Islam itu.

 

 

 

 

VIDEO sebuah kereta mewah yang dipandu laju merempuh pintu masuk Masjidil Haram, Mekah…

Polis Arab Saudi telah berjaya menahan individu lelaki itu yang berada di dalam keadaan berihram.

Bagaimanapun, tiada sesiapa yang tercedera dalam kejadian itu.

Sehingga kini, motif lelaki berkenaan masih belum diketahui dan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Terdahulu, kerajaan Arab Saudi telah mula membenarkan Masjidil Haram dibuka dengan kemasukan beberapa orang asing untuk menunaikan Umrah, ziarah ke kota Mekah dan Madinah yang dapat dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun setelah hampir tujuh (7) bulan ditutup akibat penularan wabak COVID-19.