UMNO Sabah Akan Bertanding Di Kesemua Kerusi Tradisi – Bung Moktar

UMNO Sabah Akan Bertanding Di Kesemua Kerusi Tradisi – Bung Moktar

0
SHARE
Datuk Seri Bung Moktar Radin...

KOTA KINABALU, SABAH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan bahawa UMNO Sabah akan bertanding di semua kerusi tradisinya jika berlakunya pilihan raya mengejut pada masa akan datang.

Bung yang dipetik FMT berkata kerusi itu termasuk yang disandang bekas pemimpin UMNO yang telah melompat parti.

“Kami akan bekerjasama dengan parti yang tidak seiring dengan Warisan. Secara asanya, UMNO Sabah akan bertanding di semua kerusi tradisinya.

“Rundingan untuk kerusi-kerusi lain akan ditentukan nanti, namun tiada rundingan untuk kerusi yang telah dimenangi UMNO,” tambahnya lagi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), UMNO Sabah bertanding di 14 kerusi Parlimen iaitu Kudat, Kota Belud, Sepanggar, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Tenom, Beluran, Kinabatangan, Silam, Libaran, Semporna dan Kalabakan.
Walau bagaimanpun, UMNO yang bertanding sebagai Barisan Nasional (BN) telah kalah di Kota Belud, Sepanggar, Papar, Tenom, Silam, Semporna dan Kalabakan.
Dalam pada masa yang sama, Bung yang dipetik melalui laman media sosial Twitter miliknya mengesahkan parti itu akan bertanding di semua kerusi Parlimen yang dimenangi pada 2018.

UMNO Sabah dah buat keputusan untuk bertanding di semua kerusi Parlimen yang ditandingi semasa PRU14 yang lalu dan beberapa kerusi yg difikirkan perlu di sinilah kita melihat sama ada UMNO Sabah masih laku dan relevan bagi rakyat sabah.

Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Twitter milik Bung Moktar Radin…