Usain Bolt Menjadi Pemain Bola Sepak?

Usain Bolt Menjadi Pemain Bola Sepak?

0
SHARE

PARIS – Lelaki terpantas di dunia iaitu Usain Bolt berkata beliau berhasrat untuk menjadi pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Hasrat tersebut ingin dicapai setelah beliau bersara selepas Kejohanan Dunia di London pada Ogos 2017 ini. Setakat ini, beliau telah merangkul lapan pingat emas Olimpik, 11 gelaran juara dunia dan tiga rekod dunia.

Bolt sebelum ini pernah bersuara mengenai impiannya untuk bermain bagi Manchester United, tetapi dia akan merasai bola sepak dlaam peringkat elit pada September dengan Borussia Dortmund untuk latihan selama tiga atau empat hari. Namun, Dortmund menafikan kenyataan tersebut kerana beranggapan berikut adalah satu tindakan publisiti untuk Puma, syarikat pengeluar barangan sukan yang mereka dan bolt gunakan.

Kelab Manchester United turut memberitahu majalah Perancis iaitu So Foot bahawa Bolt pernah bersuara bahawa beliau mempunyai cita-cita untuk menjadi antara 50 pemain bola sepak terbaik di dunia dan juga beliau boleh menjadi penyerang hebat yang mampu menjaringkan sekurang-kurangnya 20 gol setiap musim sekiranya beliau mempunyai peluang bermain dengan kerap.