VIDEO: TIK TOK PUNYA PASAL, PEMUDA DI PAKISTAN MAUT DILANGGAR KERETA API

VIDEO: TIK TOK PUNYA PASAL, PEMUDA DI PAKISTAN MAUT DILANGGAR KERETA API

0
SHARE

RAWALPINDI, PAKISTAN – Seorang pemuda maut dilanggar keretapi ketika leka merakamkan aksi melalui aplikasi TikTok di sepanjang laluan keretapi Rawalpindi, semalam.

Menurut sumber, mangsa Hamza Naveed, 18 meninggal dunia di tempat kejadian ketika berjalan di sebelah berhampiran trek keretapi itu sambil seorang rakannya merakamkan aksi itu untuk menghasilkan video menerusi aplikasi TikTok.

 

 

 

 

 

 

VIDEO yang diambil rakan mangsa kelas menunjukkan mangsa(Hamza Naveed) dilanggar keretapi ketika leka merakamkan aksi video menerusi aplikasi TikTok…

Beberapa bulan yang lalu, penggunaan aplikasi TikTok turut mengambil nyawa seorang budak lelaki yang tidak bersalah di mana seorang remaja lelaki telah menembak dirinya mati di Karachi ketika merakam aksi untuk penghasilan video TikTok.

Menurut polis tempatan, kanak-kanak lelaki berusia 17 tahun itu dikenali sebagai Tanveer telah menembak dan membunuh dirinya ketika membuat rakaman video di Sachal Colony di Karachi.

Pada tahun 2019 pula, seorang remaja lelaki dari daerah Kharota Syedan ​​di Sialkot menembak dirinya sendiri secara tidak sengaja semasa membuat video TikTok bersama rakan-rakannya.

Menurut sumber maklumat, Ammar Haider, 16, menggunakan pistol untuk merakam video TikTok bersama dengan rakan-rakannya.

Dia tanpa tidak sengaja telah menekan pemicu  dan peluru itu terkena perutnya yang mana telah menyebabkan kematiannya.

Untuk rekod, aktiviti mengambil gambar swafoto (selfie) dan membuat video untuk dimuatnaik ke laman media sosial sangat popular di Pakistan yang mana kebanyakan anak muda sentiasa akan mengemas kini akaun Facebook, Twitter dan TikTok mereka.