1,429 Calon Mohon Bertanding Pada Pilihan Raya Tunisia

1,429 Calon Mohon Bertanding Pada Pilihan Raya Tunisia

0
SHARE

TUNISIA – Suruhanjaya Pilihan Raya Tunisia mendedahakn seramai 1,429 calon telah memohon untuk bertanding pada pilihan raya parlimen negara itu yang dijadualkan pada 17 Disember ini.

Agensi Anadolu melaporkan ketua Pihak Berkuasa Tinggi Bebas untuk Pilihan Raya dalam temu bual televisyen Faroukh Bouasker berkata, tarikh akhir untuk menerima permohonan ialah pada Khamis.

Beliau berkata, wanita menyumbang 15 peratus daripada jumlah calon itu.

Senarai akhir calon akan diumumkan pada 2 November selepas proses tapisan selesai.