18 Wakil Sabah Tanding Luncur Ombak di Pahang

18 Wakil Sabah Tanding Luncur Ombak di Pahang

0
SHARE
'Send off' wakil pasukan Sabah Surf Team di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu...

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Luncur Ombak Negeri Sabah menyertai lima acara sukan luncur ombak peringkat kebangsaan di Negeri Pahang Darul Makmur.

Seramai 18 orang akan bertanding mengikut kategori iaitu Men’s open, Women’s Open, Grom, Women’s Longboard dan Men’s Longboard.

Setiausaha Persatuan, Mohd Saifuddin Karim berkata, COVID-19 memberikan cabaran baharu terhadap program persediaan seorang atlet.

“Dengan itu, Persatuan Luncur Ombak Negeri Sabah mengambil inisiatif untuk memastikan atlet negeri Sabah berada di tahap yang kompetetif

“Peluncur ombak Negeri Sabah sudah membuat persediaan yang cukup baik dengan menjalani modul latihan yang ditetapkan.

“Pada masa yang sama, dengan penghantaran SABAH SURF TEAM ini, boleh membantu pihak Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) untuk memilih peluncur ombak yang mewakili Malaysia dalam mana-mana pertandingan peringkat antarabangsa,” katanya.

Aktiviti itu dengan sokongan dan bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah, Kelab Luncur Ombak Hunjung Barat-Kota Kinabalu, MAXUMAX (penaja baju kontinjen Negeri Sabah), Persatuan Luncur Ombak Malaysia, Sabah Surfer Girls, serta Komuniti Luncur Ombak Seluruh Negeri di Malaysia.