22 Kuarters Pekerja Azam Jaya Musnah Terbakar

22 Kuarters Pekerja Azam Jaya Musnah Terbakar

0
SHARE
Kebakaran
Seorang anggota Bomba sedang mematikan bara api ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 22 kuarters pekerja Azam Jaya musnah dalam kebakaran di Jalan Tuaran sini pada pagi Isnin.

Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah menerima panggilan kecemasan dari lokasi kejadian di Batu 7, Inanam pada 7.13 pagi.

Jurucakap agensi penyelamat itu berkata, seramai 21 anggota bomba dari Lintas dan Kota Kinabalu berjaya mengawal keadaan pada 7.40 pagi.

“Kesemua 22 struktur jenis kontena bersaiz kira-kira 10×20 kaki musnah sepenuhnya.

“Pemadaman kebakaran melibatkan dua aliran air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran,” katanya sambil menambah operasi tamat pada 9.29 pagi.