SANDAKAN, SABAH – Sebanyak 22 rumah perkampungan setinggan di kawasan bersebelahan pusat kiriman Tung Ma di Batu 3, sini, musnah dalam kebakaran petang semalam.
Seramai 34 anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.07 petang.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, pasukan tersebut sampai ke lokasi berjarak dua kilometer (KM) dari balai dalam masa empat minit.
“Kebakaran melibatkan 22 buah rumah jenis tidak kekal dengan anggaran keluasan setiap rumah 20×30 hingga 60×40 kaki persegi.
“Operasi pemadaman menggunakan dua aliran 400 kaki dan empat pancutan.
“Tiada mangsa terlibat dilaporkan,” kata seorang jurucakap bagi agensi.
Katanya operasi terkawal pada jam 4.41 petang dan ditamatkan pada jam 6.42 petang setelah memastikan tiada bahaya.