62 Buah Rumah Setinggan di Kawasan Kota Kinabalu Dirobohkan

62 Buah Rumah Setinggan di Kawasan Kota Kinabalu Dirobohkan

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sebanyak 62 buah rumah setinggan di kawasan daerah ini berjaya dirobohkan oleh pihak berkuasa termasuk polis dalam satu operasi perobohan koloni setinggan di sebuah penempatan.

Polis Daerah Kota Kinabalu dalam satu kenyataan media berkata, operasi ini, dirancang dan dilaksanakan oleh PDRM IPD Kota Kinabalu, melibatkan kerjasama pelbagai agensi.

“Agensi-agensi yang terlibat termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah dan Ukur, serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Dalam operasi ini, sebanyak 62 buah rumah setinggan telah berjaya dirobohkan. Rumah-rumah ini didapati dibina secara haram dan tidak memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan.

“Perobohan ini bukan sahaja bertujuan untuk menghapuskan penempatan haram, tetapi juga untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk sekitar,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, operasi ini akan diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha untuk membanteras jenayah, Pendatang Tanpq Izin (PTI), dadah, dan gejala sosial di daerah Kota Kinabalu.

“Pihak PDRM IPD Kota Kinabalu komited untuk memastikan daerah ini bebas daripada sebarang kegiatan jenayah dan aktiviti yang tidak sah,” tegasnya.