KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran kepada orang awam supaya tidak menyebar dan memeriksa kesahihan khususnya berkaitan berita palsu yang tular di media sosial.
SKMM dalam kenyataan hari ini yang dipetik BH Online berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung penyebaran berita palsu yang tular di media sosial beberapa hari lalu, mendakwa seramai 13 menteri Kabinet dijangkiti COVID-19.
“Perkara itu dinafikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hariannya selain penafian yang diterbitkan dalam portal Sebenarnya.my.
“Pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM, boleh mengambil tindakan tegas jika terdapat perlakuan kesalahan mengikut mana-mana peruntukan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya.
SKMM turut menasihatkan jika ragu-ragu kesahihan sesuatu berita, orang ramai melayariportal Sebenarnya.my atau pautan Telegram iaitu https://t.me/sebenarnyamy.
Katanya, maklumat mengenai penularan beritapalsu turut boleh disalurkan melalui pautan ‘Salur kepada Kami’ iaitu https://sebenarnya.my/salur/ di portal dan aplikasi Sebenarnya.my.





