KOTA KINABALU, SABAH – Semua komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu bersidang bagi menentukan kerasmian gabungan politik itu di bawah Akta Pertubuhan 1966 dalam Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyambut baik keterbukaan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin selaku Ketua UMNO Sabah bagi membincangkan perkara tersebut.
“Pekara ini perlu di bawa ke dalam mesyuarat bersama rakan yang lain . Kalau sesuatu yang baik untuk GRS kenapa tidak kita lakukan,” katanya .
Beliau ditemui wartawan pada persidangan tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tuaran hari ini.

Katanya usul menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah kepada dua penggal juga akan dibincang kan dalam mesyuarat itu dan seterusnya ke pertimbangan pihak kerajaan.
“Usul ini melibatkan pindaan perlembagaan Negeri Sabah. Ia perlu diteliti secara teperinci terutama oleh semua pihak termasuk pimpinan GRS selepas itu baru proses tindakan sewajarnya dapat dilakukan,” tambahnya.
Pada Rabu lalu, Pengerusi Kelab Backbenchers Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Salleh Said Keruak, mencadangkan untuk mendaftar dan merasmikan gabungan itu di bawa akta tersebut untuk menstabilkan pandangan politik kerajaan Sabah.
Kebanyakkan pemimpin GRS bersetuju dan antaranya ialah Datuk Jeffrey Kitingan (STAR), Datuk Masidi Manjun (BERSATU), Datuk Aliakbar Gulasan (PAS), Datuk Yong Teck Lee (SAPP), Datuk Bung Mokhtar Radin (UMNO) dan Datuk Joniston Bangkuai (PBS).






