BANGKOK, THAILAND – Kecoh satu bandar di Lopburi, Thailand apabila ribuan monyet datang menyerbu dan menakutkan para pelancong.
Monyet-monyet ini sebenarnya ketagihan minuman manis dan dikatakan memenuhi kawasan tumpuan dan laluan utama pelancong di Lopburi, lapor Harian Metro.
Populasi monyet yang tinggi di bandar yang terletak 193 kilometer di utara Bangkok itu menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.
Ribuan monyet memenuhi kawasan tumpuan pelancong di bandar itu sejak Thailand membuka sempadan untuk pelancongan pada November lalu.
Selain melarikan kaca mata dan memanjat kenderaan, haiwan itu bertindak liar dengan berpaut pada tubuh pelancong…
Kini, kumpulan monyet itu pula ketagihan minuman manis yang diberikan penduduk setempat dan keadaan itu semakin serius.
Penduduk memberikan haiwan itu minuman bergula kerana percaya ia akan membawa tuah kepada kawasan itu kelak…
Walaupun kurang mendapatkan snek daripada pelancong, namun monyet di bandar berkenaan kini dihidangkan pisang serta minuman manis setiap hari.





