PETALING JAYA – Gara-gara kuah sate, baju raya berharga RM20,000 rosak begitu sahaja apabila kuah tersebut tertumpah ke atas kain sutera bernilai tinggi.
Kisah sedih tersebut itu telah tular menerusi satu perkongsian klip video di media sosial oleh pengguna bernama Farawen.
Jelas beliau, baju tersebut telahpun ditempah tiga bulan sebelum raya dan hanya dapat digayakan pada pagi hari raya pertama.
Bagaimanapun, baju tersebut tidak sempat beliau gayakan untuk bergambar bersama keluarga.
“Saya tempah baju raya tiga bulan sebelum dan hanya sempat bergambar ‘selfie’ bersama anak, tanpa gambar keluarga…
“Tidak sangka, selepas itu tertumpah minyak sate atas kain sutera yang memang tidak akan hilang,” tambah beliau.
Sementara itu, kebanyakan para netizen di ruangan komen juga terkejut dengan kos pakaian individu tersebut.
Dalam pada itu, ramai juga netizen meminta individu terbabit untuk cuba menggunakan sabun kuning bagi menghilang kesan kotor berkenaan.
“Terima kasih kepada kuah sate dan syukur kepada Allah dapat jugak satu dunia tahu baju itu RM20,000,” luah Blana.
“Alah cuci je guna sabun kedai eco yang kuning, boleh hilang tu. Segala minyak dan daki pun boleh hilang dan harga baru RM2.20,” jelas idamahmood.





