AYAH BERTANGGUNG JAWAB PERGI KERJA BAWA ANAK UNDANG SEBAK NETIZEN

AYAH BERTANGGUNG JAWAB PERGI KERJA BAWA ANAK UNDANG SEBAK NETIZEN

0
SHARE

PENGORBANAN dan tanggungjawab seorang ayah sungguh besar terutama sekali peranan mereka sebagai ketua keluarga.

Ungkapan tersebut dapat digambarkan menerusi satu rakaman video yang tular di aplikasi TikTok dimana seorang pengawal keselamatan bertindak membawa bersama anak kecilnya semasa sedang bekerja seperti yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman video yang berdurasi 1.06 minit, pengawal keselamatan itu dilihat melayani anak perempuannya yang berusia sekitar empat tahun di pos pengawal dengan penuh kasih sayang.

Selanjutnya, pengawal keselamatan tersebut dilihat menghamparkan ves hijau miliknya di atas meja untuk dijadikan kain alas tempat tidur anak kecilnya itu, sebelum kanak-kanak tersebut diselimut dengan ves yang sama.

Difahamkan insiden itu berlaku di Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut dikongsikan pemilik akaun mengenai pengawal keselamatan tersebut.

Dalam pada itu, video tersebut turut membuat ramai netizen tersentuh dan mengundang perasaan sebak setelah melihat kasih seorang bapa terhadap anaknya.

“Anak dia pun baik sangat. Kena selimut tidur diam-diam. Tidak banyak kerenah,” kata seorang netizen…

“Anak, jika esok kamu sudah dewasa sentiasa ingat pada keluargamu ya,” tambah seorang lagi pengguna media social.

“Saya pernah rasa, masa saya sekolah rendah, mak dan ayah kerja. Adik berumur empat tahun dan tiada orang yang dapat jaga. Saya bawa adik ke sekolah agama. Sorok adik di bawah meja,” kata seorang lagi netizen.