Angka Jangkitan Harian COVID-19 Terus Melonjak Tinggi

Angka Jangkitan Harian COVID-19 Terus Melonjak Tinggi

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan harian terus melonjak tinggi hari ini dengan 170 kes baharu, peningkatan 33 kes berbanding angka kelmarin.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peningkatan kes baharu secara berterusan ini gambaran trend yang sama diperingkat nasional.

“Jumlah daerah yang mencatatkan kes baharu atau merekodkan angka jangkitan yang lebih tinggi juga terus bertambah.

“Sebanyak 18 daerah merekodkan jangkitan baharu dengan 17 daripadanya melibatkan peningkatan angka berbanding hari sebelumnya.

“Daripada 18 daerah tersebut, 5 daerah iaitu Kota Kinabalu 63 kes (+3), Penampang 29 kes (-13), Putatan 12 kes (+3), Tawau 12 kes (+6) dan Papar 11 kes (+3) merekodkan kes dua angka.

“Tiga-belas (13) daerah lagi mencatatkan satu kes. Hanya Penampang merekodkan penurunan jumlah jangkitan yang agak besar, iaitu 13 kes,” katanya dalam rumusan harian kes.

Beliau berkata 10 daerah yang sebelum ini bebas daripada sebarang jangkitan baharu mencatatkan kes baharu hari ini.

“Beaufort mencatatkan pertambahan tertinggi (+9 kes). Hanya 3 daerah yang kembali merekodkan catatan sifar kes iaitu Pitas, Tongod dan Ranau…

“Jumlah daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu berkurangan daripada 16 daerah kelmarin kepada hanya 9 daerah hari ini,” tambahnya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (24 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 63 (61)
Penampang 29 (42)
Putatan 12 (9)
Tawau 12 (6)
Papar 11 (8)
Beaufort 9 (0)
Sandakan 8 (3)
Tuaran 6 (3)
Kudat 4 (2)
Lahad Datu 4 (0)
Kota Belud 3 (0)
Keningau 2 (0)
Semporna 2 (0)
Beluran 1 (0)
Kalabakan 1 (0)
Kuala Penyu 1 (0)
Sipitang 1 (0)
Telupid 1 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (1)
Ranau 0 (1)
Tambunan 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (1)