KOTA KINABALU, SABAH – “Takkan asyik berpolitik 24jam!” demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam satu catatan di Facebook hari ini.
Dalam menzahirkan kekecewaan terhadap kemelut politik di Sabah yang sedang berlaku ketika ini, yang mana dilihat sebagai satu-satunya negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri setiap dua tahun, beliau berkata mereka (rakyat) sudah marah, mual dan muak dan asyik berpolitik.
“Apakah tiada langsung, walau pun sekelumit, perasaan simpati kepada rakyat Sabah yang sedang bergelut dengan cabaran kehidupan dan ekonomi?
“Rakyat Sabah pun berhak mendapat kestabilan politik. Mereka berhak untuk mendapat ruang untuk bernafas dari semua kekalutan politik,” beliau berkata.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menegaskan bahawa “kesabaran” dalam berpolitik adalah tuntutan demokrasi.





