Pelabur Kaya AS, China & Hong Kong Dominasi ‘Visa Emas’ New Zealand

Pelabur Kaya AS, China & Hong Kong Dominasi ‘Visa Emas’ New Zealand

0
SHARE

WELLINGTON: Permohonan “golden visa” New Zealand melonjak selepas kerajaan melonggarkan syarat skim itu untuk merangsang ekonomi.

Sejak April, 308 permohonan melibatkan 1,000 individu diterima berbanding hanya 116 dalam tempoh dua setengah tahun sebelumnya.

Pelabur dari Amerika Syarikat mendahului dengan 129 permohonan, diikuti China (45) dan Hong Kong (38). Negara lain termasuk Jerman, Singapura, Taiwan, Jepun, Vietnam, Korea Selatan dan Britain.

Di bawah syarat baharu, pelabur hanya perlu tinggal tiga minggu untuk kelayakan residensi, tanpa syarat bahasa Inggeris, dan ambang pelaburan diturunkan.

Setakat ini, RM686 juta berjaya dijana, dengan kerajaan menjangkakan sehingga RM13.8 bilion setahun.
Langkah ini juga membenarkan pemegang visa membeli rumah mewah bernilai lebih RM13.8 juta, walaupun larangan pemilikan asing masih berkuat kuasa.

Sementara itu, penghijrahan rakyat New Zealand keluar negara mencapai rekod tinggi, 73,400 orang dalam setahun.