Al-Fatihah… Bung Moktar meninggal dunia

Al-Fatihah… Bung Moktar meninggal dunia

0
SHARE

KOTA KINABALU: Negara dikejutkan dengan berita pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang disahkan meninggal dunia awal pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh anak beliau, Naim Moktar, menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam kenyataan ringkas itu, Naim memaklumkan bahawa ayahandanya, Moktar bin Radin, menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2026 kira-kira jam 1.46 pagi, bersamaan 14 Jamadilakhir 1447H.

Naim turut merayu orang ramai agar mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Innalillahi wainnailaihi rajiun. Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau dan menerima segala amal kebajikannya,” tulis beberapa pengguna media sosial susulan berita itu tular.

Maklumat lanjut mengenai lokasi pengebumian dijangka dimaklumkan keluarga dalam masa terdekat.