INDIA – Seorang pelajar berusia 21 tahun membuat lapoean selepas mendakwa dia dirogol oleh seorang doktor.
Memetik sumber Mstar, menurut mangsa, doktor terbabit bertugas di sebuah hospital awam di Junagadh, India.
Dalam aduan yang difailkan, gadis itu menuduh doktor tersebut merogolnya di dalam sebuah kereta pada 21 Mei.
Semasa bercakap, tertuduh menarik gadis itu masuk ke dalam keretanya.
Dia kemudian mendakwa dirogol oleh lelaki itu di dalam kereta.
Pelaku turut mengugut untuk membunuh mangsa sekiranya dia tidak mengunci mulut.
Polis kini sedang memburu doktor itu selepas dia melarikan diri.