Akibat Tunggang Kes Zara, Shafie Apdal Dikecam Peguam Pihak Inkues

Akibat Tunggang Kes Zara, Shafie Apdal Dikecam Peguam Pihak Inkues

0
SHARE

KOTA KINABALU: Peguam yang mewakili beberapa pelajar berkepentingan dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina mengecam Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal kerana didakwa membuat kenyataan melulu dan berunsur hasutan mengenai kes tersebut.

Dalam satu video yang tular di Facebook, Shafie melabelkan kematian Zara sebagai “pembunuhan” serta mempersoalkan siasatan polis dan pakar patologi forensik.

“Kenyataan Shafie adalah tuduhan berbahaya, menjijikkan dan sangat prejudis terhadap anak guam kami.

“Mengeksploitasi tragedi demi kepentingan politik adalah tahap paling rendah mana-mana ahli politik boleh pergi,” tegas peguam melalui kenyataan semalam.

Mereka menegaskan inkues adalah prosiding kehakiman yang wajib dihormati, bukan dijadikan bahan politik atau kandungan media sosial.

Menurut mereka, kenyataan pramatang seperti itu bukan sahaja melemahkan prinsip undang-undang, malah tidak menghormati keluarga arwah yang masih berduka.

“Keadilan mesti ditentukan di mahkamah berdasarkan bukti, bukannya diputarbelit dalam ucapan politik,” tambah mereka.