Aliff Aziz, Ruhainies Didakwa Di Mahkamah Tinggi Syariah Hari Ini

Aliff Aziz, Ruhainies Didakwa Di Mahkamah Tinggi Syariah Hari Ini

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dan Ruhainies akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini atas pertuduhan berkhalwat.

Kedua-dua pelakon dan penyanyi itu tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi pagi ini dengan menggunakan pakaian sama serba hitam yang turut diiringi peguam masing-masing. 

Pada 9 Mac lalu, Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama Ruhainies.

Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan khalwat itu.

Isteri, Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres, namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.

Bagaimanapun, pada 11 Mac lalu, Aliff menceraikan Bella dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini.

Untuk rekod, Aliff dan Bella pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019, namun rujuk semula ketika dalam iddah.

Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7 tahun, dan Ara Adreanna, 4 tahun.