Anak Kecil Meragam, Seorang Bapa Minumkan Anaknya Minuman Keras

Anak Kecil Meragam, Seorang Bapa Minumkan Anaknya Minuman Keras

0
SHARE

Seorang bapa yang berasal daripada Filipina dikecam teruk oleh netizen selepas satu gambar yang dimuat naik telah tular di laman media sosial Facebook.

Sudah menjadi lumrah bagi anak kecil yang kepenatan atau pun mengantuk akan meragam kerana ingin tidur. Kebiasaanya, anak-anak yang meragam seperti ini akan didodoi oleh ibunya dengan diberikan susu ataupun dibelai manja.

Namun, sebaliknya berlaku kepada anak kecil malang ini kerana telah diperlakukan secara luar biasa oleh bapanya sendiri dengan memberikan anak kecil tersebut minuman daripada sebuah botol yang dipercayai minuman keras.

Gambar yang dimuat naik yang semakin tular itu jelas menunjukkan seorang lelaki (bapa) kepada anak kecil itu memegang sebuah botol yang mengandungi minuman keras jenis ‘brandi’ dan meletakkan hujung botol tersebut pada mulut anak kecil yang sedang didukungnya.