Aplikasi Telegram Terus Berhubung Kepada PM

Aplikasi Telegram Terus Berhubung Kepada PM

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUALA LUMPUR – Seiring ledakan dunia teknologi dan maklumat, Datuk Seri Najib Razak menyertai aplikasi Telegram, akaun media sosial terbaharunya untuk terus berhubung dengan rakyat.

Menurut laporan Berita Harian, dalam jemputan menyertai saluran itu, Perdana Menteri berkata, akaun yang diberi nama ‘NR Telegram’ itu akan digunakan untuk berkongsi perkembangan mutakhir mengenai negara dan isu berkaitan.

“Saya telah menyediakan sebuah saluran Telegram yang akan berkongsi perkembangan terkini dan detik-detik, serta foto menarik daripada kegiatan seharian saya, terus kepada telefon pintar anda.

“Jom ikuti saluran Telegram saya, semoga kita terus kekal berhubung!” katanya menerusi entri di akaun Facebook rasminya, tengah malam tadi.

Setakat jam 7 pagi tadi, jumlah pengguna Telegram yang mengikut saluran berkenaan adalah 1,784 orang.

Orang ramai yang ingin kekal berhubung dengan Perdana Menteri dengan mengikuti saluran berkenaan boleh menggunakan pautan https://t.me/NajibRazakNR.