APM Tangkap Buaya Tembaga Seberat 180kg Dalam Parit Di Sandakan

APM Tangkap Buaya Tembaga Seberat 180kg Dalam Parit Di Sandakan

0
SHARE
Foto: Ihsan APM Sandakan

SANDAKAN: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan bertindak menangkap Buaya Tembaga seberat 180kg dengan panjang 10 kaki yang berada di dalam parit besar di Taman Nuri Batu 7, hari ini.

APM Sandakan memaklumkan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima satu panggilan kecemasan mengenai Kes Buaya (LLK).

“Selesai mendapat panggilan kecemasan itu, seorang pegawai dan tujuh anggota APM telah dikejarkan ke lokasi buaya tersebut ditemukan.

“Setiba di lokasi, penilaian yang dibuat mendapati Buaya Tembaga berada di dalam parit besar belakang rumah pengadu.

“Anggota APM Sandakan seterusnya melakukan tugas menangkap buaya tersebut dengan menggunakan satu selimut untuk menutup mata buaya dan tiga tali digunakan untuk mengikat Buaya tembaga tersebut.

“Buaya Tembaga seberat 180 kilogram dan panjang 10 kaki berjaya ditangkap dan telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan selanjutnya,” jelas kenyataan APM Sandakan itu di sini, hari ini.

Kes tersebut telah berjaya di tangani dan anggota yang bertugas dalam keadaan baik, selamat serta peralatan cukup.