AS Kecam Tindakan Rusia Label Facebook Dan Instagram Sebagai ‘Pelampau’

AS Kecam Tindakan Rusia Label Facebook Dan Instagram Sebagai ‘Pelampau’

0
SHARE

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengecam tindakan sebuah mahkamah di Moscow yang melabel Facebook dan Instagram serta syarikat induk Meta sebagai ‘pelampau’ selepas gergasi media AS itu membenarkan pengguna platform berkenaan mengutuk ahli politik dan tentera Rusia susulan konflik di Ukraine.

“Kami mengecam keputusan mahkamah Moscow untuk melabel Meta, termasuk Facebook dan Instagram, sebagai “pelampau”…

“Serangan terhadap platform ini mesti dihentikan,” kata jurucakap Jabatan Negara Ned Price melalui akaun Twitternya pada Isnin.

Memetik laporan Sputnik, Mahkamah daerah Tverskoy Moscow pada Isnin memutuskan untuk mengharamkan Facebook dan Instagram dalam bahasa Rusia kerana bersifat ekstrim.

Keputusan mahkamah itu dijadual berkuat kuasa serta-merta.

Pada masa sama, larangan itu dikenakan ke atas semua aplikasi Meta tidak termasuk WhatsApp.