BN, PH Sabah Adakan Pertemuan Tidak Rasmi Di Kota Kinabalu, Selaras Persefahaman...

BN, PH Sabah Adakan Pertemuan Tidak Rasmi Di Kota Kinabalu, Selaras Persefahaman Antara Pucuk Pimpinan

0
SHARE

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Pakatan Harapan (PH) Sabah hari ini telah mengadakan pertemuan tidak rasmi di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan media bersama BN dan PH, pertemuan tidak rasmi itu merupakan rangka memupuk semangat Perpaduan selaras dengan persefahaman antara pucuk pimpinan kedua-dua parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. 

Jelas kenyataan itu, dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak berkongsi aspirasi untuk memastikan asas-asas kerjasama akan memberikan manfaat kepada rakyat dan negeri Sabah.

“Bagi maksud itu, kedua-dua parti bersetuju untuk mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama, termasuk terbuka menjalin hubungan dengan parti-parti lain sebagai persediaan memasuki Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

“Kedua-dua pihak juga bersetuju sebarang bentuk persefahaman untuk bergerak ke hadapan akan diputuskan melalui perbincangan dan persefahaman pucuk pimpinan kedua-dua parti,” jelas kenyataan bersama itu di sini, hari ini.

Hadir dalam pertemuan itu, Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud; Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup; Naib Pengerusi DAP Sabah, Jannie Lasimbang. 

Seterusnya, Pengerusi MCA Sabah, Datuk Teah Heok Kuin; Timbalan Presiden UPKO, Datuk Donald Mojuntin; Pengerusi MIC Sabah, Peer Muhmad Kadir; dan Pengerusi Amanah Sabah, Lahirul Latigu.