Boleh Buka Kedai Makan Sehingga Lepas Sahur, Jam 6 Pagi

Boleh Buka Kedai Makan Sehingga Lepas Sahur, Jam 6 Pagi

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kerajaan dalam satu kenyataan semalam mengumumkan bersetuju untuk membenarkan semua restoran, warung, gerai, kedai makan, atau perkhidmatan penghantaran melanjutkan operasi mereka sehingga selepas waktu sahur iaitu pukul 6 pagi.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan orang ramai untuk bersahur.

“Sebelum ini operasi kedai makan dihadkan sehingga pukul 12 malam, atau mengikut syarat lesen yang dikeluarkan PBT.”

Tambah beliau, keputusan itu dibuat berdasarkan kesukaran yang bakal dihadapi rakyat yang sangat memerlukan makanan untuk bersahur.