Bomba Terpaksa Robohkan Dinding Rumah Untuk Padamkan Api Di Perumahan Atas Air...

Bomba Terpaksa Robohkan Dinding Rumah Untuk Padamkan Api Di Perumahan Atas Air Tanjung Aru

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Detik cemas bagi TIGA (3) sekeluarga apabila dinding rumah mereka terpaksa dirobohkan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memadam api yang merebak di perumahan atas air Tanjung Aru Baru awal pagi tadi.

Teknik ‘offensive fire-fighting’ kira-kira pada pukul 7 pagi itu menyelamatkan puluhan rumah daripada turut musnah.

Sumber Foto; Ihsan pengguna laman media sosial Facebook…

Ketua operasi pemadaman, Timbalan Penguasa Bomba Ordine Gilu berkata 10 buah rumah dengan anggaran keluasan keseluruhan 90”x90” musnah sepenuhnya.

“Operasi terkawal pada jam 7.58 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 9.20…

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejateraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya berkata pihaknya setakat ini telah mengenal pasti lebih 34 keluarga yang terlibat.

“Pihak DBKK dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru sedang mengaktifkan pusat penempatan sementara (PPS) bagi mangsa yang terlibat di mana bantuan sewajarnya akan dihulurkan kepada mereka dengan kadar segera…

“Sekarang kita masih dalam proses pendaftaran dan pengambilan data mangsa bagi tindakan selanjutnya,” katanya selepas melawat kawasan terjejas.

Selepas itu, beliau berkata, barulah status kewarganegaraan mangsa terlibat lebih jelas.

Bagi tiga (3) sekeluarga tiga itu, mereka ketika ini sedang buntu untuk mencari tempat tinggal yang baru.

“Mungkin pusat penempatan sementara bukan satu pilihan bagi keluarga kami dalam pandemik ini,” kata seorang mangsa di kawasan itu..

“Rumah kami adalah yang terakhir berdiri dalam deretan rumah yang terjejas. Mujurlah barang-barang kami tidak musnah tapi sekarang ia terdedah kepada alam dan orang sekeliling…

“Siapa-siapa sahaja yang akan melalui jalan sini. Kami kena lekas mencari tempat yang lebih selamat bagi menyimpan barang ini.

“Sekarang rumah ini tidak lagi selamat didiami dan tandas pun telah dirobohkan bagi memadamkan api telah menjilat rumah jiran,” katanya.

Mangsa 27 tahun itu dibangunkan dengan jeritan orang ramai, namum katanya ada juga jiran yang melarikan diri tanpa menyedarkan orang lain yang masih belum tahu kebakaran sedang berlaku.

Pada ketika artikel ini ditulis, kanak-kanak dilihat mula mengorek kawasan kebakaran terbabit bagi mencari besi buruk dan wayar terpakai untuk dijual sebagai sumber pencarian rezeki mereka.