Bot Pam Terbakar, 2 Lelaki Berjaya Selamatkan Diri Di Perairan Berhampiran SICC

Bot Pam Terbakar, 2 Lelaki Berjaya Selamatkan Diri Di Perairan Berhampiran SICC

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – DUA (2) lelaki berjaya menyelamatkan diri dengan berenang 200 meter ke darat selepas bot pam mereka tiba-tiba terbakar di perairan berhampiran Sabah International Convention Centre (SICC) tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 10.16 pagi.

Pegawai Operasi, PBK II Saidi Siadek berkata mangsa berumur 14 dan 40 tahun.

“Kedua-dua mangsa bukan warganegara berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai kemudian dibantu oleh pasukan bomba untuk naik ke darat…

“Tiada operasi pemadaman dilakukan dan operasi tamat pada jam 10:38,” katanya dalam sebuah kenyataan.