PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hanya 874 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 83414 kes (80.3%).
Namun, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 melonjak naik dan mencatat kes tertinggi harian setakat ini iaitu sebanyak 2,335 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 103,900 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 20,035 (19.3%) kes.
DARIPADA 2,335 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak 11 Kes import, manakala 2,324 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 108 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 50 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, KUALA LUMPUR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 728 KES dan diikuti SELANGOR sebanyak 710 KES dan JOHOR sebanyak 412 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat DUA (2) kes kematian direkodkan hari ini yang mana masing-masing daripada SABAH (Sandakan) dan MELAKA, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 451 kes (0.4%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;