KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,013 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 34,785 kes (73.4%).
Menurut laporan KKM hari ini, SABAH mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 566 KES.
Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 hari ini kembali naik kepada empat (4) angka iaitu sebanyak 1,208 KES, demikian menurut laporan rasmi menerusi laman rasmi Facebook KKM hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 47,417 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 12,323 kes.
DARIPADA 1,208 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak enam (6) Kes import, manakala 1,202 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 104 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 42 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR yang menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 hari ini di Malaysia iaitu 469 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat TIGA (3) kes kematian direkodkan hari ini yang mana semuanya daripada SABAH (Tawau dan Sandakan). Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 309 kes (0.7%).