KOTA MARUDU, SABAH – Seorang cucu melihat neneknya maut dibaham seekor buaya ketika sedang memperbaiki pam air di sungai Bengkoka, di Kampung Sinasak Batu Pitas, sini, semalam.
Mangsa wanita berumur 66 tahun itu disahkan maut setelah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala akibat gigitan dalam serangan 10 pagi itu…
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, cucu mangsa yang berumur 9 tahun terdengar neneknya menjerit lalu melihat air sungai berkocakan sebelum melihat kelibat reptilia berkenaan.
“Mangsa berjaya melepaskan diri dengan bantuan penduduk kampung sebelum dihantar ke Hospital Pitas untuk mendapatkan rawatan.
“Walaubagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 petang ketika mendapatkan rawatan,” katanya kepada wartawan.
Kes diklasifikasikan sebagai Kes Mati Mengejut (SDR).





