NEW YORK – Aplikasi video TikTok mengatakan akan mencabar di mahkamah terhadap tindakan pentadbiran Trump terhadap perkhidmatan popular milik China itu, yang dituduh Washington sebagai terhadap ancaman keselamatan negara.
Ketika ketegangan melonjak antara dua ekonomi terbesar dunia itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif pada 6 Ogos yang memberikan rakyatnya tempoh 45 hari untuk berhenti berurus niaga dengan syarikat induk TikTok, ByteDance dan menetapkan tarikh akhir bagi penjualan aplikasi sensasi video yang berpotensi kepada syarikat AS.
“Walaupun kami sangat tidak setuju dengan pentadbiran Trump, namun selama hampir satu tahun kami berusaha mencari penyelesaian terbaik.
“Bagaimanapun yang diterima sebagai galang gantinya, kami menghadapi proses yang kurang tepat kerana pentadbiran tidak memberi perhatian terhadap fakta tetapi sibuk memasukkannya dalam rundingan antara perniagaan swasta.
“Bagi memastikan undang-undang tidak diketepi dan syarikat dan pengguna kami diperlaku secara adil, kami tidak mempunyai pilihan, selain untuk mencabar Perintah Eksekutif melalui sistem kehakiman,” kata TikTok dalam satu kenyataan yang dipetik AFP pada kelamarin (Sabtu).
Katanya, pihaknya menjangka akan mengajukan tuntutan itu minggu depan.
TikTok memaparkan klip video pendek menampilkan pelbagai perkara seperti tutorial mewarna rambut hingga menari dan jenaka mengenai kehidupan seharian.
Aplikasi itu dimuat turun 175 juta kali di AS dan lebih daripada satu bilion kali di seluruh dunia.
Trump mendakwa TikTok dapat digunakan oleh China untuk menjejaki lokasi pekerja persekutuan, membina dokumen kepada orang untuk memeras ugut dan melakukan pengintipan korporat.
Syarikat itu mengatakan tidak pernah memberikan data pengguna AS kepada kerajaan China dan Beijing yang menyatakan tindakan keras Trump sebagai politik.
Langkah AS itu diambil menjelang pilihan raya presiden pada 3 November depan dengan Trump berada di belakang pesaingnya Joe Biden dalam pemilihan, menjalankan kempen kerasnya yang membawa mesej anti-Beijing.