Dua Pekerja Sabah Electricity Cedera Dikejar Pemilik Rumah Mengamuk

Dua Pekerja Sabah Electricity Cedera Dikejar Pemilik Rumah Mengamuk

0
SHARE
Sesb
Keadaan kenderaan pacuan empat roda milik Sabah Electricity yang terbabas ( Sumber Foto: Ihsan Sabah Electricity )

LAHAD DATU, SABAH – Dua anggota kerja Sabah Electricity cedera ketika menjalankan operasi pemotongan bekalan elektrik ke atas rumah kediaman yang mempunyai tunggakan bil elektrik pada di Kampung Sepagaya semalam.

Dalam kejadian 11:30 pagi tersebut, seorang anggota kerja Sabah Electricity telah mengalami kecederaan ringan pada tangan kiri manakala seorang lagi terseliuh kaki kiri apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke kebun kelapa sawit.

Ketika kejadian, anggota kerja Sabah Electricity sedang memberhentikan kenderaan dibahu jalan untuk memeriksa senarai arahan pemotongan dan seterusnya dihalang oleh sebuah kenderaan Toyota Vigo berwarna hitam.

“Seorang lelaki dalam keadaan marah cuba untuk membuka pintu kenderaan milik Sabah Electricity secara paksa.

Dua Pekerja Sabah Electricity Cedera Dikejar Pemilik Rumah MengamukDalam keadaan yang panik, anggota kerja Sabah Electricity yang menaiki kenderaan Mitsubishi Triton beredar dari kawasan tersebut tetapi dikejar oleh lelaki itu menggunakan kenderaan miliknya menyebabkan situasi menjadi tidak terkawal.

“Kenderaan yang dipandu anggota kerja Sabah Electricity hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan sebelum terjunam jatuh ke kawasan kebun kelapa sawit di Jalan Silam,” katanya jurucakap dalam sebuah kenyataan.

Walau bagaimanapun, Sabah Electricity tidak akan bertolak ansur terhadap ancaman yang membabitkan keselamatan anggota kerja syarikat itu ketika menjalankan tugas mereka.

Menurut sumber itu, laporan polis seterusnya dibuat oleh Sabah Electricity kerana berlaku provokasi dan gangguan ke atas anggota kerja Sabah Electricity yang menjalankan tugas.

“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang secara sengaja mengganggu dan menghalang anggota kerja Sabah Electricity yang sedang menjalankan tugas,” tegasnya.