FITNAH KE ATAS SAYA CUBAAN KUMPULAN TERTENTU – EBIT LEW

FITNAH KE ATAS SAYA CUBAAN KUMPULAN TERTENTU – EBIT LEW

0
SHARE

TENOM, SABAH – SEBELAS (11) kiraan tuduhan berunsur gangguan seksual yang didakwa seorang wanita sini adalah rancangan kumpulan tertentu untuk menghentikan kerja amal Ebit Irawan Ibrahim Lew.

Demikian kata pendakwah bebas lebih dikenali sebagai Ebit Lew ketika dituduh di Makhamah Litar Tenom sini pagi tadi.

Difahamkan beliau bersama rombongan sedang berada di Sabah selama 40 hari bagi tujuan kerja amal.

“Saya dipanggil untuk menghadap makhamah beberapa hari yang lalu dan saya datang hari ini dengan mengekalkan pengakuan tidak bersalah…

“Saya tahu saya tidak bersalah dan redha…ini semua ketentuan Allah. Ujian seperti ini setiap kali kena saya rasa sangat berat tetapi saya memilih untuk tidak bersedih.

“Ujian ini satu Sunatullah. Saya rasa bersyukur dengan ujian ini dan Insya-Allah mungkin ada kebaikan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata, makhamah telah menetapkan tarikh 25 Feb ini sebagai yang terakhir untuk menyerah pembelaan kes manakala perbicaraan secara tentatif jadualkan kepada satu tarikh pada bulan Jun.

Ebit berdepan 11 pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan selepas didakwa menghantar ayat dan gambar lucah kepada tiga (3) wanita yang telah membuat laporan polis.