Gabenor Bank Pusat Turki Dipecat

Gabenor Bank Pusat Turki Dipecat

0
SHARE
Murat Uysal...

ANKARA – Turki memecat gabenor bank pusatnya, Murat Uysal dan melantik bekas Menteri Kewangan, Naci Agbal bagi mengisi jawatan itu.

Pemecatan itu dibuat menerusi dekri Presiden dalam pewartaan rasmi, selepas mata wang Turki, Lira mencecah rekod terendah.

Memetik laporan AFP, Agbal dilantik sebagai gabenor baharu dan tiada alasan dikemukakan di dalam dekri yang menamakan beliau sebagai pengganti Uysal yang ditamatkan perkhidmatannya selepas 16 bulan menyandang jawatan itu.

Uysal dilantik ke jawatan itu berikutan pertelingkahan antara gabenor terdahulu, Murat Cetinkaya dan Presiden Recep Tayyip Erdogan susulan pengurangan kadar faedah.

Sabtu lalu, Erdogan yang sudah lama menentang kadar faedah tinggi, menjelaskan Turki sedang berjuang melawan ‘segi tiga kadar faedah, pertukaran dan inflasi’.

Sejak beberapa bulan lalu, Lira mencecah beberapa kadar terendah dalam sejarah negara itu, berbanding dolar Amerika Syarikat.

Nilai mata wang Turki kerugian hampir 30 peratus, berbanding USD, tahun ini.