Gara-Gara Cemburu Lelaki Bakar Rumah Jiran

Gara-Gara Cemburu Lelaki Bakar Rumah Jiran

0
SHARE
Gambar Hiasan...

JAKARTA, INDONESIA – Hanya kerana cemburu, seorang lelaki Indonesia sanggup membakar rumah jiranya kerana mengesyaki mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Menurut laporan Suara.com, lelaki yang berumur 39 tahun itu membakar rumah mangsa, Gong Martua Pulungan, 37,  yang tinggal di hadapan rumahnya.

Menurut Ketua Polis Barumun, Asisten Komisioner Polis Miptahuddin, suspek pada awalnya pergi ke rumah mangsa untuk mencarinya, namun gagal menemui lelaki itu.

Akibat tidak dapat menahan marah, dia menyiram minyak petrol ke atas sebuah motosikal model Honda Beat milik mangsa yang diletakkan di kawasan rumah tersebut.

“Suspek kemudiannya menyalakan mancis dan membakar rumah mangsa. Keseluruhan rumah musnah akibat dijilat api marak,” kata Miptahuddin.

Mangsa yang mengalami kerugian sebanyak 120 juta rupiah (RM35,175) kemudian membuat laporan polis, manakala suspek kini ditahan di lokap.